Kemas kini terakhir: 07/08/2026
Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana Sistem Komisen Lokum Klinik Gigi ("Sistem") — dibangunkan dan disediakan oleh GayaBMarketing — mengumpul, menggunakan, menyimpan, dan melindungi maklumat peribadi yang dimasukkan ke dalam Sistem oleh klinik pergigian yang berdaftar ("Klinik"/"Klien"). Dasar ini disediakan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dan Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 (Akta A1727).
Bagi tujuan Akta 709, peranan setiap pihak adalah seperti berikut: Klinik (Klien) bertindak sebagai Pengawal Data (Data Controller) — Klinik yang memutuskan data pesakit dan lokum mana yang dimasukkan ke dalam Sistem, dan bertanggungjawab memastikan ia mempunyai justifikasi/kebenaran sah untuk mengumpul data tersebut daripada pesakit dan lokum masing-masing. GayaBMarketing bertindak sebagai Pemproses Data (Data Processor) — menyediakan platform/perisian untuk Klinik memasukkan, menyimpan, dan mengira data tersebut, tanpa menentukan tujuan pengumpulan data itu sendiri.
Sistem ini direka khusus untuk hanya mengumpul maklumat minimum yang diperlukan bagi tujuan pengiraan komisen lokum secara tulus dan tepat. Data Pesakit (minimum): nama pesakit, jenis-jenis rawatan, jumlah bayaran bagi setiap rawatan — Sistem TIDAK mengumpul IC, umur, jantina, alamat, atau maklumat hubungan pesakit. Data Lokum (pegawai profesional, diperlukan untuk rujukan rasmi termasuk pelaporan LHDN melalui e-Penyata Komisen): nama penuh, nombor pendaftaran Majlis Perubatan Pergigian Malaysia (MDC), nombor Kad Pengenalan (IC), maklumat hubungan (emel/WhatsApp), Nombor Pengenalan Cukai (TIN). Data Admin/Kakitangan Klinik: nama, emel, no. telefon untuk log masuk dan pentadbiran akaun sahaja.
Data yang dikumpul digunakan semata-mata untuk: (1) Mengira komisen lokum secara tepat dan tulus berdasarkan jumlah hasil rawatan; (2) Menjana e-Penyata Komisen bulanan sebagai rekod/bukti kepada lokum dan (jika perlu) LHDN; (3) Pentadbiran dalaman Klinik (kos operasi, stok ubat, kehadiran lokum) yang berkait terus dengan pengiraan komisen. Data tidak digunakan untuk pemasaran, iklan, atau dijual/dikongsi kepada pihak ketiga bagi tujuan komersial.
Data setiap Klinik tidak dikongsi atau dihubungkait dengan Klinik lain yang berdaftar dalam Sistem, kecuali pertindihan semula jadi (lokum yang bekerja di lebih daripada satu klinik berdaftar, atau pesakit yang sama dirawat di klinik berbeza) — ini bukan perkongsian yang disengajakan oleh GayaBMarketing. Sistem menggunakan perkhidmatan pihak ketiga terhad untuk fungsi tertentu (cth. Resend untuk emel OTP/notifikasi, WasenderAPI untuk notifikasi WhatsApp jika diaktifkan oleh Klinik) — data yang dikongsi kepada vendor ini terhad kepada apa yang perlu untuk fungsi berkenaan sahaja.
Data peribadi tidak disimpan lebih lama daripada yang diperlukan: Data berkaitan gaji/komisen lokum (payroll) — 7 tahun, selaras keperluan Akta Buruh 1955 & undang-undang percukaian LHDN. Data tanpa nilai/keperluan legal — dilupuskan dalam 14 hari. Data akaun tidak aktif (dormant) — dilupuskan dalam 24 bulan jika tiada lagi keperluan perniagaan yang sah. Kepada lokum: jika perkhidmatan anda tidak lagi diperlukan oleh sesebuah Klinik, nama dan data anda akan dipadamkan mengikut tempoh di atas.
Langkah keselamatan: kawalan akses dan pengurusan ID/kata laluan selamat bagi setiap akaun admin Klinik; semua data disimpan di lokasi/pangkalan data yang selamat. Langkah tambahan GayaBMarketing: Pengesahan Dua Faktor (2FA) pada akaun Forge/GitHub platform; CDN (Cloudflare) untuk mitigasi serangan asas; backup automatik pangkalan data MySQL. Di mana pemprosesan dijalankan pihak ketiga luar, GayaBMarketing memastikan jaminan munasabah berkenaan langkah keselamatan vendor tersebut.
Subjek data (pesakit yang direkodkan, lokum, dan pengguna akaun Klinik) berhak untuk: meminta akses kepada data peribadi mereka; meminta pembetulan data yang tidak tepat; meminta data mereka dipadamkan (tertakluk had legal, cth. rekod payroll dalam tempoh simpanan 7 tahun wajib); meminta kemudahalihan data di mana berkenaan; membuat aduan kepada Klinik berkenaan, atau kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP, pdp.gov.my). Permintaan boleh dibuat melalui admin Klinik berkenaan (data pesakit/lokum) atau terus melalui fungsi "Muat Turun Data Saya"/"Padam Akaun" dalam Sistem (akaun pengguna Sistem).
Setiap Klinik berdaftar diberi akses eksklusif — 1 emel, 1 sistem, beberapa lokum boleh dimasukkan. Pemilik Klinik mungkin berkongsi akses dengan kakitangan masing-masing — sebarang pendedahan data akibat perkongsian ini adalah di bawah tanggungjawab Klinik sebagai Pengawal Data; GayaBMarketing tidak bertanggungjawab ke atas kecuaian Klinik melatih kakitangannya. Data antara Klinik tidak dikongsi/dihubungkait kecuali pertindihan semula jadi lokum/pesakit yang berkhidmat/dirawat di lebih daripada satu klinik. Had tanggungjawab ini tidak mengecualikan GayaBMarketing daripada kewajipan asasnya sebagai Pemproses Data untuk menyediakan langkah keselamatan yang munasabah pada peringkat platform/infrastruktur.
GayaBMarketing berhak mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan amalan atau keperluan perundangan. Tarikh "Kemas kini terakhir" akan dikemas kini secara automatik pada setiap perubahan. Klinik dinasihatkan menyemak dasar ini secara berkala.
Kemas kini terakhir: 07/08/2026
Dengan mendaftar dan menggunakan Sistem Komisen Lokum Klinik Gigi, Klinik (Klien) bersetuju terikat dengan Terma dan Syarat ini serta Dasar Privasi di Bahagian A.
Sistem disediakan untuk satu tujuan tunggal: membantu klinik pergigian mengira komisen lokum secara automatik dan tepat, berdasarkan data hasil rawatan, kos operasi, dan rekod kehadiran lokum yang dimasukkan oleh Klinik. Setiap pendaftaran Klinik diberi akses eksklusif berasingan (1 emel, 1 sistem, beberapa lokum boleh dimasukkan).
Klinik bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan akaun dan menghadkan akses akaun kepada kakitangan yang dibenarkan sahaja. GayaBMarketing tidak bertanggungjawab atas kerugian akibat kegagalan Klinik mematuhi tanggungjawab ini.
Klinik bertanggungjawab memastikan data yang dimasukkan ke dalam Sistem (nama pesakit, jenis rawatan, jumlah bayaran, data lokum) adalah tepat. Sistem hanya memproses data sebagaimana yang dimasukkan oleh Klinik.
Semua pengiraan komisen, upah, potongan gaji, dan kelayakan cuti yang dijana oleh Sistem adalah anggaran automatik berdasarkan formula sistem, bukan pengesahan rasmi HR atau nasihat guaman/percukaian. Untuk isu pertikaian gaji/komisen atau pematuhan Akta Kerja 1955, Klinik dinasihatkan merujuk terus kepada kontrak sebenar dan/atau penasihat HR/guaman yang bertauliah.
Data setiap Klinik diasingkan sepenuhnya, kecuali pertindihan semula jadi lokum/pesakit yang berkhidmat/dirawat di lebih daripada satu klinik berdaftar.
GayaBMarketing menyediakan platform dan langkah keselamatan peringkat infrastruktur (2FA, CDN, backup automatik), tetapi tidak bertanggungjawab ke atas: kecuaian Klinik melatih kakitangan sendiri mengenai pengendalian data yang betul; penyalahgunaan data oleh kakitangan/individu Klinik di luar kawalan langsung GayaBMarketing; pertindihan data akibat lokum/pesakit yang sama berkhidmat/dirawat di lebih daripada satu klinik.
Sistem, reka bentuk, kod sumber, dan jenama Sistem Komisen Lokum Klinik Gigi adalah hak milik GayaBMarketing. Klinik diberi hak penggunaan (bukan pemilikan) tertakluk kepada Terma ini.
GayaBMarketing berhak menggantung atau menamatkan akses Klinik sekiranya berlaku pelanggaran Terma ini, penyalahgunaan Sistem, atau atas permintaan Klinik sendiri. Data Klinik akan dilupuskan mengikut Prinsip Penyimpanan (Bahagian A, Seksyen 6) selepas penamatan, melainkan diwajibkan disimpan lebih lama oleh undang-undang.
GayaBMarketing berhak mengemas kini Terma ini dari semasa ke semasa. Penggunaan Sistem yang berterusan selepas kemas kini dianggap sebagai penerimaan Terma yang dikemas kini.